Kenapa Motherboard iPhone Kerap Rosak? Apa Cara Mengelakkan Motherboard Cepat Bermasalah?

Ditulis oleh

pada

10 November 2022

Inilah soalan yang biasanya terlintas di fikiran seorang pengguna iPhone bila menghadapi masalah motherboard pada iPhone mereka;

“Kenapa motherboard iPhone aku boleh rosak ya?”
“Jatuh sikit je pun, takkan dah rosakkan motherboard?”
“Motherboard iPhone ni memang cepat rosak ke?”

Jadi, apa punca & sebab kerosakan pada motherboard iPhone ni?

1. Tak Gunakan Charger Yang Baik & Berkualiti

Antara faktor paling awal yang sering disebut ketika masalah ini terjadi ialah anda guna peralatan pengecasan yang tidak sesuai. Tolong jangan guna charger yang anda beli dengan harga murah atau lelong di pasar pasar malam. Jika voltage yang dikeluarkan oleh palam pengecas itu tidak boleh diterima oleh iPhone anda, itulah punca utama kerosakan motherboard!

2. Tak Gunakan iTunes Bila Update iOS

Seterusnya, saya juga tak galakkan anda melakukan iOS update melalui OTA (Over The Air) iaitu menggunakan data internet, wifi atau hospot. Ini adalah kerana sambungan tiga jenis ini tidak terlalu stabil semasa memuatturun software untuk iOS update. 

Sebaliknya, sambungkan iPhone ke laptop dan update menggunakan aplikasi iTunes pada laptop anda. Ini jalan yang paling selamat untuk update iOS okay!

3. iPhone Terkena Air (Atau Dipanggil Water Damaged)

Dan yang ketiga, perkara yang boleh menjadi punca masalah motherboard ialah Water Damage. Selain dari haba, air adalah antara musuh utama perkakasan elektrik dan elektronik. Kehadiran air boleh menyebabkan litar pintas pada motherboard iPhone anda. Bahagian bahagian motherboard iPhone yang terkena air boleh menyebabkan hakisan dan seterusnya merosakkan segala permukaan dan isi isi IC (Integrated Circuit).

Bagaimana Cara Kenalpasti Masalah Motherboard Pada iPhone

Jika iPhone anda berada dalam keadaan mati atau kerap restart sendiri, anda kena bawa iPhone anda datang ke Taliponiesta untuk kami buat semakan terus pada iPhone tersebut.

Kebanyakan masalah iPhone sebenarnya bukan datang dari kerosakan motherboard pun. Kerosakan boleh datang dari mana mana sambungan yang rosak atau rapuh kerana barang elektronik ini tidak menjanjikan ketahanan selamanya, sama juga seperti manusia yang tak akan hidup selamanya, hehe.

Ada satu cara yang lebih teknikal untuk kita kenal pasti masalah pada iPhone kita adalah dengan langkah ini;

Setting – Privacy – Analytics & improvement – Analytics data 

Dan anda perlu dapatkan bahagian Panic Log, Jika sesebuah iPhone mempunyai masalah pada motherboard, log kerosakan itu akan di Rekodkan pada iPhone kita setiap kali ia restart atau mati dengan sendirinya.

Adakah Motherboard iPhone Perlu Ditukar Atau Boleh Dibaiki Sahaja?

Soalan ni memang lazim ditanya oleh pelanggan kami di Taliponiesta, iaitu apabila motherboard pada iPhone bermasalah adakah motherboard itu akan ditukar dengan yang baru atau ia akan dibaiki sahaja? Jawapannya adalah motherboard iPhone hanya akan dibaiki dan bukan ditukar yang baru. Jika motherboard di ganti dengan yang baru, semua data dalam iPhone akan hilang seperti gambar dan apps.

Selain itu, Face ID yang ada pada iPhone anda juga akan hilang fungsinya jika anda tukar dengan motherboard yang baru. Ini adalah kerana nombor siri yang terdapat pada unit Face ID itu adalah sama dengan nombor siri yang ada pada motherboard.

Saya bagi contoh, jika nombor siri pada Face ID adalah ABC123 dan nombor siri pada motherboard juga ABC123, maka iPhone anda boleh gunakan fungsi Face ID kerana nombor sirinya sama. Sekarang bayangkan anda tukarkan motherboard yang baru dengan nombor siri ABC456, walhal Face ID anda masih lagi gunakan unit bernombor siri ABC123. Jadi, sebab itu fungsi Face ID tak dapat lagi digunakan kalau anda tukar motherboard yang baru.

Lagi satu, harga motherboard yang baru sangat mahal. Harganya kurang lebih macam beli iPhone model yang sama, secondhand. Tak berbaloi kan?