Bateri iPhone Kembung? Kalau Cucuk Guna Jarum Je Boleh Tak?

Ditulis oleh

pada

10 September 2025

(Kemaskini terakhir pada

30 November -0001)

Bila bateri iPhone anda kembung, pernah tak terfikir macam nak cuba cuba buka iPhone tu guna screwdriver, dan cuba cucuk bateri yang kembung kat dalam tu guna jarum? Kononnya lepas dapat keluarkan angin yang ada kat dalam bateri tu, dah boleh tutup balik iPhone dan guna macam biasa. Sebab bateri pun masih tahan lagi.

Boleh ke macam tu?

Jawapannya mesti lah tak boleh. Sebab bila bateri iPhone jadi kembung, kat dalam ‘kekembungan’ tu bukannya ada angin pun. Jadi apa yang buat bateri jadi kembung macam tu? Sebenarnya yang kembung tu adalah bateri tu sendiri. Anda jangan pulak fikir macam ‘kembung perut’, yang selalunya ada udara/gas yang tersekat dalam perut/usus seseorang manusia.

Apa yang terjadi adalah sel sel yang ada dalam bateri tu mengembang (atau mengembung) sebab dia bermasalah, kemungkinan besar dah rosak. Contohnya, satu sel itu ketebalannya 2 mm, kini bila mengembang saiznya meningkat jadi 3 mm. Bukannya ketebalannya dari 2 mm menjadi 1 mm kiri dan 1 mm kanan, ditengah tengahnya ada ruang angin. Bukan begitu ya.

Jadi anda tak boleh cucuk bateri iPhone yang kembung untuk keluarkan angin, sebab memang tak ada angin pun. Sel bateri tu sendiri yang mengembang.

Jadi apa nak buat bila bateri kembung ni?

Bila bateri iPhone anda kembung, hanya ada satu solusi sahaja yang wujud di atas muka bumi yang luas ini, iaitu dengan menukar bateri yang baru. Ya, betul tu. Bateri anda yang dah kembung tu perlulah dibuang kerana ia dah pun rosak. Dan bateri yang baru perlulah dipasang pada iPhone anda.

Bateri yang lama yang dah kembung tu, kat mana anda nak buang? Anda tak boleh buang di merata rata tempat tau. Contohnya dalam tong sampah majlis perbandaran ke, atau mana mana tong sampah di shopping mall ke, jangan buat macam tu. Kalau anda buang secara random macam tu, ia ada kemungkinan untuk meletup dan membahayakan orang yang berada di sekeliling tu.

Bateri yang dah lama ni, perlulah dilupuskan dengan cara yang betul. Ia mestilah dihantar ke pusat pelupusan sisa elektronik yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Malas kan nak hantar kat sana? Kalau malas, tak perlu hantar kat sana pun tak apa. Anda tinggalkan je kat technician yang tukar bateri iPhone anda tu. Amanahkan kat dia untuk buangkan bateri rosak tu di tempat yang betul.