Cara Sebenar Menjaga Battery Health iPhone Pada 2025

Ditulis oleh

pada

11 September 2025

(Kemaskini terakhir pada

12 September 2025)

Hai semua, anda semua pengguna iPhone kan? Saya tahu, sebab hanya pengguna iPhone sahaja yang sangat berminat dengan topik Battery Health ni hehe. Para pengguna handphone Android rata-rata tidak pernah peduli langsung tentang status Battery Health pada handphone mereka. Mereka hanya tukar bateri bila bateri dah mula drain dengan cepat, atau tak lagi boleh digunakan sepanjang seharian mereka bekerja.

Disini saya nak kongsikan cara benar yang sebenar-benarnya untuk anda jaga Battery Health iPhone anda ditahun 2025 ini:

1. Pastikan jangan Overcharge iPhone anda

Elakkan mengecas iPhone anda pada masa anda sedang tidur. Kenapa? Sebabnya waktu tidur biasa orang Malaysia adalah dari 6 jam hingga 8 jam. Kita ambil paling minima lah ya, iaitu 6 jam. Bila anda mula cas iPhone anda pada jam 12 malam, anda akan cabut charger pada jam 6 pagi, dimana bateri iPhone anda dah lama penuh, dan bateri masih lagi sedang dicas walaupun dah penuh lebih dari 4 jam yang lepas!

Bayangkan bila perut anda sedang kenyang dan anda dipaksa makan lagi, apa yang anda rasa? Mesti rasa macam nak ‘meletup’ kan? Sama lah macam iPhone. Anda kena tukar gaya hidup anda, jika nak Battery Health tahan lama okay.

Oh ya lagi satu, ada beberapa sumber juga mengatakan bila anda selalu overcharge, tabiat ni juga boleh mengundang untuk iPhone anda ada kerosakan motherboard yang pastinya memeningkan kepala. Mengapa? Sebab kos nak repair motherboard ni kebiasaannya agak tinggi juga.

2. Elakkan guna charger yang terlalu pantas

Pada kebiasaannya ramai yang suka untuk guna charger yang sangat pantas, sebab dapat jimatkan masa. iPhone boleh dicas penuh dalam masa kurang dari 1 jam, memang cepat kan? Tapi bila iPhone kita dicas dengan kelajuan yang tinggi, iPhone akan jadi panas.

Anda tak percaya? Cuba buka casing semasa tengah cas iPhone guna charger yang laju tu. Memang 100% confirm iPhone akan jadi super-panas. Selama ni anda tak perasan pun sebab anda pakai casing.

Panas dan haba adalah musuh utama kepada mana mana jenis bateri pun. Sebab itu, kebanyakan kereta elektrik (EV) ada sistem penyejukan bateri, supaya bateri boleh tahan lebih lama. Yang mana iPhone tak ada sistem penyejukan bateri yang begitu bagus. Kita sendiri perlu jaga haba pada iPhone kita sendiri.

3. Jangan main game secara berterusan dengan lama

Kalau anda main game secara berterusan selama 3 jam contohnya, iPhone anda akan jadi sangat panas. Lagi lagi kalau anda main game yang memerlukan grafik yang tinggi contohnya PUBG.

Dah lah iPhone berada dalam keadaan yang panas, kemudian anda pulak memaksa iPhone untuk mengeluarkan cas-nya dengan pantas bila anda main game tu. Memang combo! Bila terlalu kerap anda buat perangai ni, percaya lah yang Battery Health iPhone anda akan turun dari 100% ke 80% dalam kurang setahun tau!

4. Jangan tinggalkan iPhone anda dalam kereta yang panas

Poinnya masih lagi sama, iaitu kita tak mahu iPhone dan bateri yang ada kat dalam iPhone tu berada dalam keadaan yang terlalu panas. Kita dah cerita tentang kelajuan mengecas yang sangat laju boleh akibatkan iPhone jadi panas, apatah lagi bila main game.

Kita dah berjaya halang iPhone dari menjana haba yang panas. Tapi sekarang kita tertinggal pualk iPhone kat dalam kereta yang diparking ditengah panas, yang mana suhu boleh mencapai lebih 40 darjah celcius, tinggi tu. Sia sia je kita jaga pengecasan, kawal diri dari main game terlalu lama. Tapi, terlupa pulak tertinggal iPhone kat dalam kereta yang panas.

Tak berbaloi. Jangan buat, okay?

5. Aktifkan seting ‘Optimized Battery Charging’.

Ramai iPhone user yang tak perasan fungsi yang Apple dah buat ni, dan memang ia dibuat untuk menjaga Battery Health iPhone anda. Ingat nama fungsi ni, iaitu Optimized Battery Charging.

Aktifkan setiap masa, okay?

Kat mana nak cari seting ni? Senang je. Cuba cari di Settings > Battery > Battery Health & Charging. Bila anda ON-kan fungsi ini, iPhone anda akan belajar cara dan rutin anda bila mengecas iPhone setiap hari tu.

Kalau masih tak jumpa juga, cuba ikut langkah-langkah yang diajar dalam video Youtube ini — How To: Turn On Optimized Battery Charging On iPhone – (Easy Guide)

Jadi kesimpulannya,

Nak jaga Battery Health iPhone ni sebenarnya tak susah pun, cuma anda perlu sabar sikit dan berdisiplin sikit je. Dan anda memang perlu ingat, musuh utama bateri adalah HABA. Seboleh bolehnya, elakkan iPhone terdedah pada haba dalam jangka masa yang lama dan berterusan. Kalau anda boleh ikut tips tips ini, Battery Health iPhone anda pasti akan bertahan lebih lama.

Jadi mulai hari ini, jom kita sama sama jaga Battery Health iPhone kesayangan kita, okay? Have a good day ahead guys!